RAFFLESIA PEARL CENTRE AND MANDALAY JADE & RUBY CENTRE AT IN LOBBY FLOOR OF PARKROYAL BUKIT BINTANG HOTEL.
TO DOWNLOAD ZIP DIGITAL MAGAZINE, TYPE 'ZON INTERAKTIF PESONA
FROM APPSTORE OR GOOGLE PLAY
****************************************************************************
Majalah digital atau gaya hidup atau lifestyle Zon Interaktif Pesona
(ZIP) hari ini meraikan sambutan ulang tahun pertamanya dengan sebuah acara
yang berkonsepkan cocktail party bergelar ZIP Appreciation Night.
Acara bertemakan Pesona Glam ini berlangsung di
Urban@Hotel Istana, Kuala Lumpur dengan dihadiri ramai selebriti popular
Malaysia, tetamu VIP dan wakil agensi pengiklan.
Majlis bertemakan ZIP Appreciation Night ini dianjurkan
sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terbabit dalam
membantu kandungan serta kejayaan ZIP sejak setahun yang lalu sehingga aplikasi
ZIP mencecah hampir 120,000 muat turun (downloads) di kalangan pengguna alat
peranti.
Majlis ini dipersembahkan oleh penaja utama Rafflesia the
Pearl Centre dengan sokongan penaja-penaja lain iaitu RCD Concepts, SCS
Perfumes - Savour Collezione by Sharlanz, UiTM Holdings, Jabatan Kebudayaan
& Kesenian Negara (JKKN), Firefly, Fareeda, Ayu Deco Sdn Bhd, Borneo Soap,
Sajen Jamu Health Drink by Sofea, kolagen DKV dan Global Station Sdn Bhd.
Sesuai dengan tema Pesona Glam, hadiah cukup hebat
disediakan oleh Rafflesia kepada selebriti yang berpakaian paling cantik
iaitu barang kemas bernilai RM20,000
setiap satu bagi kategori lelaki dan wanita.
Selain daripada itu, semua selebriti yang pernah muncul
sebagai penyeri muka depan (cover story) ZIP sejak edisi pertama akan menerima
sekotak coklat Rafflesia Limited Edition yang tertera wajah masing-masing.
Mereka adalah Nora Danish, Fathia Latiff, Tasha Shilla,
Neelofa, Dato Siti Nurhaliza, Nabila Huda, Maya Karin, Shukri Yahaya, Fara
Fauzana, Awie, Raja Ilya, De Fam, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Dayang
Nurfaizah, Rizalman Ibrahim, Peter Davis dan Izara Aishah.
Di samping itu, artis-artis terbabit juga akan menerima
sebotol minyak wangi Limited Edition
dari Paris yang terukir nama-nama mereka daripada SCS Perfumes - Savour
Collezione by Sharlanz.
Hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik juga menanti
tetamu seperti tiket percutian ke Koh Samui, Singapura dan Medan untuk 2 orang
sumbangan Firefly, tidak ketinggalan koleksi tudung Fareeda, minyak wangi,
telefon bimbit dan banyak lagi.
Bagi segmen persembahan, ZIP mengundang komposer dan
penyanyi Ajai yang bergabung dengan beberapa artis yang pernah menyanyikan lagu
ciptaannya dengan menggelarkan diri mereka
sebagai AJAI & Friends.
Artis terbabit adalah Siti Sarah Raissudin,
Shiha Zikir, Fahmi Mentor dan Hazama dan Ajai sendiri yang akan bermain solo
piano.
Bagi memeriahkan
suasana, sebuah pertunjukan fesyen rekaan pensyarah fesyen terkenal, Zaimi
Zulkifli akan dipersembahkan.
Mengenai ZIP
Zon Interaktif Pesona atau singkatannya ZIP adalah
aplikasi majalah digital gaya hidup berbahasa Melayu yang diterbitkan NSTP dan
Media Prima Berhad.
Ia diterbitkan sebulan sekali dan mula memasuki pasaran
digital sejak 1 Mac 2015.
ZIP boleh dimuat turun secara percuma menerusi alat
peranti telefon bimbit dan tablet, menggunakan sistem iOS dan Android.
Kandungan ZIP merangkumi paparan gaya hidup dunia
selebriti, fesyen, kulinari, kesihatan, pelancongan dan banyak lagi.
Antara keistimewaan ZIP adalah setiap edisi akan dimulai
dengan sebuah video cover dengan konsep yang berbeza-beza.
Sebagai contoh edisi Jun 2015 menampilkan Neelofa sebagai
Puteri Sahara bersempena Ramadan manakala edisi September 2015 pula menampilkan
Maya Karin sebagai wanita Psiko sesuai dengan filem Jwanita.
Kami juga
menampilkan cover video bercorak komedi romantis lakonan Awie & Fara
Fauzana bagi memeriahkan edisi Anugerah Skrin 2015.
Antara nama-nama ruangan dalam ZIP adalah FashionYoda,
NuFashion, ZipTravel, ZipFeature, GoSweat, OffDuty, ZipKarpet dan ZipShape.
Banyak video menarik diselitkan di ruangan ini bagi memberikan kelainan kepada
pembaca.
Sejak diterbitkan, ZIP juga kerapkali dilantik menjadi
majalah digital rasmi bagi acara besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL),
Anugerah Skrin (ASK), Festival Drama Kuala Lumpur dan terbaru, Anugerah Bintang
Popular BH29.
ZIP juga pernah bekerjasama untuk program diskusi pelajar
Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA), UiTM kampus Puncak Perdana, Shah
Alam pada Ogos tahun lalu. Banyak lagi perancangan akan dibuat bagi membawa ZIP
dekat dengan warga kampus khususnya dalam jurusan pelancongan, fesyen dan
masakan.
Muat Turun ZIP
Untuk muat turun ZIP secara percuma, taip 'zon interaktif
pesona' daripada AppStore atau Google Play Store daripada telefon bimbit atau
tablet.
AMBER CHIA AND DATO KEE HUA CHEE
SUPER MODEL AND SUPER BLOGGER
URBAN RESTAURANT AT ISTANA
SYAFINAZ SELAMAT AND DATO KEE HUA CHEE
PUSHPA NARAYAN ROBLESS AND DATO KEE HUA CHEE
BY COINCIDENCE, BOTH WENT ON TO WIN BEST DRESSED WOMAN AND BEST DRESSED MAN!
SYAFINAZ SELAMAT AND FARHAN
WINNIE K, DATO JIMMY CHOO, SIN HUI CIN AND ILLIZA HO
FAMOUS MODEL AND SINGER WINNIE K AND SIN HUI CIN, MARKETING MANAGER OF RAFFLESIA PEARL CENTRE
WINNIE K WEARS SENSATIONAL RM 30,000 COUTURE GOWN BY ALVIN TAY
THIS COUTURE GOWN IS TOTALLY HANDMADE, HENCE THE STAGGERING PRICE
WINNIE K IN ALVIN TAY AND DATO KEE HUA CHEE IN KORY KOUTURE OF BANGKOK
CLASSY
ROLAND SIN, MISS MALAYSIA UNIVERSE 2015 VANESSA TEVI, SIN HUI CIN OF RAFFLESIA AND PAULINE
ROSLEN FADZIL, EDITOR OF ZIP DIGITAL MAGAZINE
VANESSA TEVI AND ROSLEN FADZIL
MISS MALAYSIA UNIVERSE 2015 AND ROSLEN FADZIL, EDITOR OF ZIP DIGITAL MAGAZINE
WINNIE K IN ALVIN TAY'S MAGNUM OPUS
CANNOT RECOVER FROM ALVIN TAY'S COUTURE CREATION PRICED AT RM 30,000! THE MOST EXPENSIVE GOWN IN MALAYSIA!
ZIP, ZIP, HOORAY!
RAFFLESIA PEARL CENTRE AT PARKROYAL BUKIT BINTANG HOTEL LOBBY WAS ZIP'S BIGGEST, BEST AND MOST PRESTIGIOUS SPONSOR!
FAMOUS CHEF AMRAN AND FAMOUS BLOGGER DATO KEE HUA CHEE
THEY USED TO STAY TOGETHER IN LONDON WITH CHARLES TYLER!
DINNER!
IF YOUR PHOTO IS ON THE COVER OF THIS RM 1,500 BOX OF CHOCOLATES, THEN YOU GET THE BOX AND CONTENTS!
SPONSORED BY HOST WITH MOST RAFFLESIA PEARL CENTRE
TASHA SHILA GETTING HER CHOCOLATES!
MAYA KARIN GETS HER RAFFLESIA CHOCOLATE BOX!
HAPPY BIRTHDAYA TO ZIP FROM DATO SITI NURHALIZA!
No comments:
Post a Comment