Saturday, May 7, 2016

WHO WILL WIN THE COVETED TITLE OF MR PLANET MALAYSIA 2016 LATER TODAY SUNDAY 8 MAY 2016?

KEE@FSWMAG.COM
 ASYRAF IS MY PREDICTION
THEN IKHWAN
****************************************************************************
 KENYATAAN AKHBAR MISTER PLANET MALAYSIA 2016 (MPM2016)

Bertemakan ekopelancongan domestik serta melestarikan alam sekitar, pertandingan Mister Planet Malaysia (MPM) kembali lagi untuk musim ketiga selepas kemenangan wakil Kedah dan Perlis untuk musim pertama dan kedua.

Dianjurkan oleh organisasi Malaysian United Nations Pageants (MUNP) dan disokong penuh oleh agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, program ala ratu cantik versi lelaki itu bukan sahaja mempertaruhkan paras rupa untuk melahirkan pelapis muda bagi mewarnai pentas peragaan tempatan, malah berfungsi sebagai platform untuk membentuk personaliti yang boleh diangkat sebagai ikon dalam segala aspek.

Pengarahnya, Azman Bosri berkata, visi MPM2016 kali ini cuba mengangkat visi untuk membudayakan penjagaan alam sekitar dalam kehidupan seharian selain misinya melahirkan individu yang peka dan bertanggungjawab mempromosikan pelancongan dalam negara yang berteraskan alam semula jadi.

“Melihat keadaan ekonomi negara yang sedikit meruncing, maka tercetus idea untuk mendidik para peserta menjadi jentera terhadap memulihkan kembali permasalahan itu menerusi pelancongan domestik bagi memastikan pengaliran mata wang itu tidak ke luar negara.

“Pada masa yang sama, perkataan planet itu sendiri merujuk kepada bumi, tempat kita meneruskan kehidupan seharian. Justeru, setiap individu yang hidup di muka bumi wajib menjaga alam sekitar demi kepentingan bersama selain untuk generasi akan datang,” katanya.

Jadi, tambah Azman, kedua-dua objektif itu digabungkan untuk diperjuangkan oleh kesemua 16 finalis MPM2016 sepanjang enam bulan program berlangsung bermula bulan ini sehingga acara kemuncaknya yang dijangka diadakan pada Mei 2016.

Menurutnya, juara bakal mewakili negara ke pertandingan peringkat dunia yang bakal diadakan pada 2016 atau 2017, selain finalis lain juga berpeluang menggalas tugas sebagai duta kecil Malaysia ke pentas dunia dalam beberapa pertandingan berlainan.

Untuk makluman, 16 finalis bertanding dalam program ini mewakili 16 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Sepanjang MPM2016 diadakan, mereka wajib mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disusun seperti kelas peragaan, kelas pembinaan sahsiah peribadi, kelas komunikasi, kelas ketrampilan diri serta diberi pendedahan praktikal tentang dunia fesyen dan hiburan tanah air.


Maklumat MUNP:

Ditubuhkan pada 2013, organisasi tidak berasakan keuntungan ini memiliki lebih daripada enam lesen penganjuran pageant lelaki di peringkat dunia selain Mister Planet iaitu Mister Global, Mister Diversity Culture, Mister Universal Ambassador, Mister United Continent dan Mister Pancontinental serta beberapa hak milik ke atas penganjuran pageant wanita.

Dan dalam tempoh tersebut, MUNP telah berjaya menggondol lebih 17 anugerah di peringkat antarabangsa termasuk dua gelaran dunia iaitu Miss Teen International 2013 dan Mister Diversity Culture 2014 yang dimenangi wakil negara, di samping gelaran sampingan lain.
FINALIS MISTER PLANET MALAYSIA 2016:

BIL.
NEGERI
NAMA
UMUR
PEKERJAAN
01.
JOHOR
IKHWAN IBRAHIM
26
MODEL BEBAS
02.
MELAKA
ZARUL ZAQWAN
27
SISWA / ARTIS TARI
03.
N. SEMBILAN
FAIZ AZHARAN
22
EKSEKUTIF JUALAN / ATLET RAGBI
04.
K. LUMPUR
ASYRAF DASLEY
25
GRADUAN
05.
PUTRAJAYA
WAN AMIRRUL
26
AHLI PERNIAGAAN
06.
SELANGOR
ERFAN HANIF
25
PEREKA GRAFIK
07.
PERAK
WAZIEN ADIL
22
GRADUAN
08.
P. PINANG
NAZIRUL MUBIN
26
GRADUAN
09.
KEDAH
FAEZ BAHARUDDIN
25
EKSEKUTIF PEMASARAN
10.
PERLIS
FAUZI MOHAMAD
28
JURULATIH KECERGASAN
11.
KELANTAN
FITRY MUSTAFA
27
EKSEKUTIF PEMASARAN / USAHAWAN
12.
TERENGGANU
HAFIZ NOLAN
25
MODEL BEBAS / SISWA
13.
PAHANG
AZWAN AABAS
25
SISWA
14.
SARAWAK
MAX LAWRENCE
26
SISWA / MODEL  BEBAS
15.
LABUAN
KHAZA MIZTY
22
USAHAWAN / ATLET BOLA SEPAK
16.
SABAH
SHAHRUL AZHAR
21
PEMBANTU JURUHIAS DALAMAN



PROFIL PESERTA

                   

       AIMAL HAFIZZI – SELANGOR, 21                                ASYRAF DASLEY – KUALA LUMPUR, 24



                 

        FAEZ BAHARUDDIN – KEDAH, 24                             FAIZ AZHARAN – NEGERI SEMBILAN, 21

PROFIL PESERTA

                  

       WAN AMIRRUL – PUTRAJAYA, 25                              AZWAN AABAS – PAHANG, 24


                   

         HAFIZ NOLAN – TERENGGANU, 24                                    FITRY MUSTAFA – KELANTAN, 26

PROFIL PESERTA

                   

            FAUZI MOHAMAD – PERLIS, 27                                           SHAHRUL AZHAR – SABAH, 20



                   

                 KHAZA MIZTY – LABUAN, 21                                       WAZIEN ADIL – PERAK, 2
PROFIL PESERTA

                      

           NAZIRUL MUBIN – PULAU PINANG, 25                              ZARUL ZAQWAN – MELAKA, 26


                     

    MAXWELL LAWRENCE – SARAWAK, 25                                     IKHWAN IBRAHIM – JOHOR, 25

 ASYRAF WILL WIN
IKHWAN WILL BE 1ST RUNNER-UP
 AMIRRUL WILL BE 2ND RUNNER-UP
 HAFIZ IS 3RD RUNNER-UP
MAXWELL IS 4TH RUNNER-UP OR MAYBE 3RD RUNNER-UP AS ONLY GOD KNOWS THE RESULTS RIGHT NOW
 AZWAN
 ERFAN
 FAEZ
 FAIZ
 FAUZI
 FITRY HAS POTENTIAL
 KHAZA
 NAZIRUL HAS POTENTIAL
 SHAHRUL
 WAZIEN
ZARUL

No comments:

Post a Comment