ASYRAF IS MY PREDICTION
THEN IKHWAN
****************************************************************************
Bertemakan ekopelancongan
domestik serta melestarikan alam sekitar, pertandingan Mister Planet Malaysia (MPM) kembali lagi untuk musim ketiga
selepas kemenangan wakil Kedah dan Perlis untuk musim pertama dan kedua.
Dianjurkan oleh organisasi Malaysian United Nations Pageants (MUNP) dan
disokong penuh oleh agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, program ala ratu cantik
versi lelaki itu bukan sahaja mempertaruhkan paras rupa untuk melahirkan
pelapis muda bagi mewarnai pentas peragaan tempatan, malah berfungsi sebagai
platform untuk membentuk personaliti yang boleh diangkat sebagai ikon dalam
segala aspek.
Pengarahnya, Azman Bosri berkata, visi MPM2016 kali ini cuba mengangkat visi
untuk membudayakan penjagaan alam sekitar dalam kehidupan seharian selain
misinya melahirkan individu yang peka dan bertanggungjawab mempromosikan
pelancongan dalam negara yang berteraskan alam semula jadi.
“Melihat keadaan ekonomi negara yang
sedikit meruncing, maka tercetus idea untuk mendidik para peserta menjadi
jentera terhadap memulihkan kembali permasalahan itu menerusi pelancongan
domestik bagi memastikan pengaliran mata wang itu tidak ke luar negara.
“Pada masa yang sama, perkataan
planet itu sendiri merujuk kepada bumi, tempat kita meneruskan kehidupan
seharian. Justeru, setiap individu yang hidup di muka bumi wajib menjaga alam
sekitar demi kepentingan bersama selain untuk generasi akan datang,” katanya.
Jadi, tambah Azman, kedua-dua
objektif itu digabungkan untuk diperjuangkan oleh kesemua 16 finalis MPM2016
sepanjang enam bulan program berlangsung bermula bulan ini sehingga acara
kemuncaknya yang dijangka diadakan pada Mei 2016.
Menurutnya, juara bakal mewakili
negara ke pertandingan peringkat dunia yang bakal diadakan pada 2016 atau 2017,
selain finalis lain juga berpeluang menggalas tugas sebagai duta kecil Malaysia
ke pentas dunia dalam beberapa pertandingan berlainan.
Untuk makluman, 16
finalis bertanding dalam program ini mewakili 16 negeri termasuk Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan
Putrajaya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Sepanjang MPM2016
diadakan, mereka wajib mengikuti pelbagai aktiviti yang telah disusun seperti
kelas peragaan, kelas pembinaan sahsiah peribadi, kelas komunikasi, kelas
ketrampilan diri serta diberi pendedahan praktikal tentang dunia fesyen dan
hiburan tanah air.
Maklumat MUNP:
Ditubuhkan pada
2013, organisasi tidak berasakan keuntungan ini memiliki lebih daripada enam
lesen penganjuran pageant lelaki di peringkat dunia selain Mister Planet iaitu Mister
Global, Mister Diversity Culture, Mister Universal Ambassador, Mister United
Continent dan Mister Pancontinental
serta beberapa hak milik ke atas penganjuran pageant wanita.
Dan dalam tempoh
tersebut, MUNP telah berjaya menggondol lebih 17 anugerah di peringkat
antarabangsa termasuk dua gelaran dunia iaitu Miss Teen International 2013 dan Mister Diversity Culture 2014 yang dimenangi wakil negara, di
samping gelaran sampingan lain.
FINALIS MISTER PLANET MALAYSIA 2016:
BIL.
|
NEGERI
|
NAMA
|
UMUR
|
PEKERJAAN
|
01.
|
JOHOR
|
IKHWAN IBRAHIM
|
26
|
MODEL BEBAS
|
02.
|
MELAKA
|
ZARUL ZAQWAN
|
27
|
SISWA / ARTIS TARI
|
03.
|
N. SEMBILAN
|
FAIZ AZHARAN
|
22
|
EKSEKUTIF JUALAN / ATLET RAGBI
|
04.
|
K. LUMPUR
|
ASYRAF DASLEY
|
25
|
GRADUAN
|
05.
|
PUTRAJAYA
|
WAN AMIRRUL
|
26
|
AHLI PERNIAGAAN
|
06.
|
SELANGOR
|
ERFAN HANIF
|
25
|
PEREKA GRAFIK
|
07.
|
PERAK
|
WAZIEN ADIL
|
22
|
GRADUAN
|
08.
|
P. PINANG
|
NAZIRUL MUBIN
|
26
|
GRADUAN
|
09.
|
KEDAH
|
FAEZ BAHARUDDIN
|
25
|
EKSEKUTIF PEMASARAN
|
10.
|
PERLIS
|
FAUZI MOHAMAD
|
28
|
JURULATIH KECERGASAN
|
11.
|
KELANTAN
|
FITRY MUSTAFA
|
27
|
EKSEKUTIF PEMASARAN / USAHAWAN
|
12.
|
TERENGGANU
|
HAFIZ NOLAN
|
25
|
MODEL BEBAS / SISWA
|
13.
|
PAHANG
|
AZWAN AABAS
|
25
|
SISWA
|
14.
|
SARAWAK
|
MAX LAWRENCE
|
26
|
SISWA / MODEL BEBAS
|
15.
|
LABUAN
|
KHAZA MIZTY
|
22
|
USAHAWAN / ATLET BOLA SEPAK
|
16.
|
SABAH
|
SHAHRUL AZHAR
|
21
|
PEMBANTU JURUHIAS DALAMAN
|
PROFIL PESERTA
AIMAL HAFIZZI
– SELANGOR, 21
ASYRAF DASLEY – KUALA LUMPUR, 24
FAEZ BAHARUDDIN – KEDAH, 24 FAIZ AZHARAN –
NEGERI SEMBILAN, 21
PROFIL PESERTA
WAN AMIRRUL – PUTRAJAYA, 25 AZWAN AABAS –
PAHANG, 24
HAFIZ NOLAN – TERENGGANU, 24 FITRY
MUSTAFA – KELANTAN, 26
PROFIL PESERTA
FAUZI MOHAMAD – PERLIS, 27
SHAHRUL AZHAR – SABAH, 20
KHAZA MIZTY – LABUAN, 21 WAZIEN ADIL –
PERAK, 2
PROFIL PESERTA
NAZIRUL MUBIN – PULAU PINANG,
25 ZARUL
ZAQWAN – MELAKA, 26
MAXWELL LAWRENCE – SARAWAK, 25 IKHWAN
IBRAHIM – JOHOR, 25
IKHWAN WILL BE 1ST RUNNER-UP
AMIRRUL WILL BE 2ND RUNNER-UP
HAFIZ IS 3RD RUNNER-UP
MAXWELL IS 4TH RUNNER-UP OR MAYBE 3RD RUNNER-UP AS ONLY GOD KNOWS THE RESULTS RIGHT NOW
AZWAN
ERFAN
FAEZ
FAIZ
FAUZI
FITRY HAS POTENTIAL
KHAZA
NAZIRUL HAS POTENTIAL
SHAHRULWAZIEN
ZARUL
No comments:
Post a Comment